Friday, 30 January 2015

Siapakah Pengasas Sate Ruby??

Resepi Sate Ruby adalah resepi asli turun-temurun dari Muar.  Ia datangnya dari keluarga pengasasnya iaitu Mostakim bin Abdullah atau lebih dikenali dengan nama Pak Mos yang berasal dari Jalan Parit Samad, Muar. Pak Mos telah berhijrah ke Johor Bahru dan membuka perniagaannya di sini bersama dengan isteri tersayang iaitu Kak Ruby. Sekarang ia telah diwarisi oleh anak sulungnya, namun begitu pembuatan sate masih lagi mendapat sentuhan dari Pak Mos yang menghasilkan sate dari rumah sahaja atas masalah kesihatan yang tidak begitu memuaskan.

Jadi kepada pelanggan kami yang disayangi, jangan risau dan terkezutt jika datang kedai tiba-tiba tengok orang lain yang berniaga kerana rasa sate kami masih sama seperti dulu..hehe.. Anda boleh  juga like facebook page kami di sini Sate Ruby untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang terkini dari kami.

                                             
                                     Pak Mos bersama isteri tersayang Kak Ruby...=)

No comments:

Post a Comment